20090125

pro mahasiswa the return: 2 dalam 1

PERINGATAN AWAL: Ditulis diatas untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi yang tak diingini dari hasil pembacaan pembaca yang cepat membuat kesimpulan awal. BACA SAMPAI HABIS. TERIMA KASIH.


pelik sungguh aku ni... serius, aku sendiri mengaku aku ni pro mahasiswa, tapi, kalau aku mengaku yang aku pro mahasiswa macam pro mahasiswa atau PRO-M yang dalam PRK/ pemilihan MPP kali ni, itu adalah tidak benar. Seriusly, aku bukan macam diorang.
Yela, kononnya pro mahasiswa, tetapi, nama pro mahasiswa tu pon bukan diorang yang pikirkan, tu semua acuan luar, pakai main sebat je, pemahaman tak pakai sangat pon.
Bukan la mengutuk. Aku tak kata diorang tak baik, bukannya tak bagus, tapi ada 'somethin rong' la bak kata kawan aku yang lebat itu.
Cikgu-cikgu dan lecturer dah ajar dah, jangan PLAGIIEREN (plagiat). Tapi diorang wat gak. Kita sebagai student/pelajar/mahasiswa kena lah menjadi satu entiti bebas dari pengaruh luar. Tunjukkan kematangan. jangan main sebat je. Copy paste, cut n paste melarat dari assignment, lab report, exam sampai la ke politik kampus pon nak minum kopi ngan pasta.
Faham faham sendiri la kepada sesiapa yang terasa, termasuk la kepada yang belah Pro Aspirasi juga. Kalau nak guna pakai title Pro mahasiswa tu, jujurlah pada ilmu, jadi lah pejuang pelajar/mahasiswa yang sebenar, bukan hanya menjadi host/perumah. Kalau nak jadi pembangkang, jadilah pembangkang yang baik, gunalah title cam calon bebas ke apa ke.
PEMBANGKANG YANG BAIK:
Pembangkang yang baik, merujuk kepada individu atau kumpulan yang menjadi penilai atau watchdog untuk seorang atau sesebuah pemerintahan. Pembangkang yang baik, tidak bermotivasi untuk menggulingkan atau menggantikan kerajaan, tetapi bertindak sebagai PENYOKONG USUL YANG BAIK dan PEMBANTAH USUL YANG TIDAK BAIK atau salah. Berjuang untuk pelajar, menjadi wakil pelajar dan orang tengah antara pihak universiti, berjuang dengan kebenaran, bukan dengan mengikut telunjuk luar. ini juga ditujukan kepada yang bergelar Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa atau sesiapa sahaja yang akan bertanding.

Satu yang aku pelik kali ni, ada la, yang mengeluarkan kenyataan, KAMI BOIKOT PEMILIHAN MPP, tapi ada gak yang bertanding. Apa kes?! Agak-agak kalau yang BOIKOT BARANG ISRAEL DAN EMERIKA!!! pon g beli barang2 kaum yahud tu. pelik sungguh. Adik aku cakap, cam hipokrit.

YA, mungkin ada yang kata sistem tu korup, rosak, tak elok, barat, tak telus dan macam2 lagi. SO? Apa korang buat? Kalau pun sistem tu korup, adakah korang terikut sekali korup gak? Kenapa tidak menanam benih perubahan? Bermula dari sekarang, kita bersama-sama bertekad dan berazam untuk merubah sistem itu, bila kita sudah matang dan dewasa, dan berkemampuan. Cukup syarat dan haul. Sistem yang korup kenapa korang ikut terus, kalau nak ikut, ikut sampai kita boleh keluar dari kepompong sistem itu.

IKUTLAH RESMI MAKHLUK ALLAH BERNAMA RAMA-RAMA, yang memecahkan kepompong dari dalam, bukan dengan bantuan jari anak kecil yang mengumpil pecah pintu kepompong, yang menjadikan rama-rama itu lemah dan mati begitu saja.

Jadi murid murid, the moral of the story is:
1. Berfikirlah dengan otak sendiri, bukan menjadi boneka.
2.jangan plagiat. Jujur pada ilmu. Ingat Allah Maha mengetahui apa yang kamu lakukan.
3.Jadilah pembangkang yang baik. Sokong kebenaran, tolak kebatilan. Amar makruf nahi mungkar.
4. Boikot barangan Israel. Kalau agak berani, berkemahiran dan berkemampuan, g jihad kat sana.
5. Ikut resmi Rama-rama. Pecahkan kepompong dari dalam dengan kekuatan sendiri.

Sekian murid-murid, kelas dah tamat, harap kalau ada yang salah,dan terkasar bahasa, mintak maaf ye.
Apa yang baik datang dari Allah, dan yang buruk pun ketentuan Allah. Saya cuma menyampaikan saja. Terima kasih dan Waalaikumsalam