20090828

Apa bagus solat tu?

Teringat aku waktu aku g semayang jumaat minggu lepas... sejak 2 3 minggu ni
Selalu pas semayang jumaat ada wat solat hajat...
Yela, la ni dok ada penyakit wabak H1N1... so wat la solat hajat menghindar wabak itu.
So, aku pon p la nak join semayang sekali... Tapi, tak tau pasai pa, jemaah yang tadi reramai dalam masjid solat jumaat reramai balik...
Aku pon tanya dengan tersipu2 malu kat sorang pakcik ni
"Why the people don't go to pray? Ain't it good to pray to Allah?
Pakcik tu pon jawab:
"Son, we are busy, moreover the solah is just voluntary.
Aish, pakcik ni pon nak speaking gak?
Aku pon tanya la sorang lagi jemaah yang tengah nak balik tu.
"Abang, awat tak semayang sekali, meh la join"
Abang tu jawab balik sambil pandang pelik:
"Semayang sunat dik, lagipon wabak H1N1 ni nak kena dia kena jugak, tak kira la pakai topeng ka apa ka, nak mati mati jugak dik, Allah dah tentukan dah ajal kita"

Tetiba sorang pakcik( pakcik kot) menjawab:
"Pandainya ente jawab, taukah ente, walaupon ia solat sunat,
adalah lebih baik kita bersolat. Walau pon ketetapan itu telah ditetapkan,
tapi usaha dan doa kita itu diberikan ganjaran jugak. Doa itu satu ibadat juga kan?
Walaupun kita tidak diberikan apa yang kita hajatkan,
Namun kita tetap mendapat pahala dan ganjarannya, mungkin di dunia,
mungkin di akhirat. Tak salah kan kita menyembah Allah, yang telah
menciptakan kita, mencukupkan kita dengan apa yang kita ada dan
yang akan membangkitkan kita nanti. Adakah kamu fikir dengan solat wajib
yang terkadang terqada, terkadang juga tertinggal, terkadang juga dilupakan begitu sahaja,
akan dapat membawa kamu ke syurga? Akan dapat menghindarkan dirimu dari Neraka.
Ya benar, soal hidup mati, dosa dan pahala, syurga dan neraka itu,
adalah dalam pengetahuan Allah sahaja, kita dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah,
bukan kerana kita beribadat, tetapi kalau solat pon jumaat je yang pergi,
adakah kita mampu bermimpi ke syurga?

Pergh, seb baik ada pakcik sorang ni tolong jawab...
Kendian aku serta brader yang muka merah sebab malu tu pon pergi lah join jemaah solat hajat.

... hmmm, mari solat terawikh?

No comments: