20090828

Apa bagus solat tu?

Teringat aku waktu aku g semayang jumaat minggu lepas... sejak 2 3 minggu ni
Selalu pas semayang jumaat ada wat solat hajat...
Yela, la ni dok ada penyakit wabak H1N1... so wat la solat hajat menghindar wabak itu.
So, aku pon p la nak join semayang sekali... Tapi, tak tau pasai pa, jemaah yang tadi reramai dalam masjid solat jumaat reramai balik...
Aku pon tanya dengan tersipu2 malu kat sorang pakcik ni
"Why the people don't go to pray? Ain't it good to pray to Allah?
Pakcik tu pon jawab:
"Son, we are busy, moreover the solah is just voluntary.
Aish, pakcik ni pon nak speaking gak?
Aku pon tanya la sorang lagi jemaah yang tengah nak balik tu.
"Abang, awat tak semayang sekali, meh la join"
Abang tu jawab balik sambil pandang pelik:
"Semayang sunat dik, lagipon wabak H1N1 ni nak kena dia kena jugak, tak kira la pakai topeng ka apa ka, nak mati mati jugak dik, Allah dah tentukan dah ajal kita"

Tetiba sorang pakcik( pakcik kot) menjawab:
"Pandainya ente jawab, taukah ente, walaupon ia solat sunat,
adalah lebih baik kita bersolat. Walau pon ketetapan itu telah ditetapkan,
tapi usaha dan doa kita itu diberikan ganjaran jugak. Doa itu satu ibadat juga kan?
Walaupun kita tidak diberikan apa yang kita hajatkan,
Namun kita tetap mendapat pahala dan ganjarannya, mungkin di dunia,
mungkin di akhirat. Tak salah kan kita menyembah Allah, yang telah
menciptakan kita, mencukupkan kita dengan apa yang kita ada dan
yang akan membangkitkan kita nanti. Adakah kamu fikir dengan solat wajib
yang terkadang terqada, terkadang juga tertinggal, terkadang juga dilupakan begitu sahaja,
akan dapat membawa kamu ke syurga? Akan dapat menghindarkan dirimu dari Neraka.
Ya benar, soal hidup mati, dosa dan pahala, syurga dan neraka itu,
adalah dalam pengetahuan Allah sahaja, kita dapat masuk ke syurga dengan rahmat Allah,
bukan kerana kita beribadat, tetapi kalau solat pon jumaat je yang pergi,
adakah kita mampu bermimpi ke syurga?

Pergh, seb baik ada pakcik sorang ni tolong jawab...
Kendian aku serta brader yang muka merah sebab malu tu pon pergi lah join jemaah solat hajat.

... hmmm, mari solat terawikh?

20090612

kepulangan yang dinanti

pulangnya seorang pemuda
dari tanah perantauan
ke halaman desa
girang hati namun bercampur duka
meninggalkan rakan seperjuangan
namun rindu dihati akan bonda dan keluarga
tak sabar rasanya menunggu detik tiba
dihati penuh jua dengan persoalan
bilakannya akan berangkat diri empunya
ke kampung halaman bumi tercinta
sengal dan letih memamahi badan
namun terubat tatkala terlihat dimata
Hijau bumi segar udara
segera mengenal kampung halaman
berubah sedikit tidak mengapa
masih terpalit memori lama
mestilah masih tidak dilupakan
wajah saudara dan juga bonda
Dibenak kotak fikiran berputaran roda
Apa yang menanti membertuk persoalan
Apakah sambutan yang akan diterima.

20090523

Apa pERASAAN ANDA JIKA....

Jika anda lahir di dunia ini,
di ceriterakan pelbagai ceritera, di sekolah rendah dan menengah,
Then one day, knowing it is all, f**king damm lies, fake , and frankly speaking, a straight to the heaven propaganda?

What if, you put your faith in those story, wanting it to be real,
that this place is the best, uno numero, the cream de la cream, the best, terbaiklah, and so on ectera ecetera,
What If on the day you discover the truth, the whole damned lies just coming to get you from all sides, and damn they coming fast...
what if this little shit of freedom..is plainly a piece of shit....
God given us freedom, yet the G-Man wanted to take it away...
I'll never give it, not without a fight...
OpenDNS really is an eye opener... now i've see the truth,
For Now Discreetion Is The Only Option,
When the Time comes, the Warlord shall be let loose,
We shall come upon you like hailstorm
And you will be reduce to ashes of ignorances


Jadi apa aku merapu kah kat atas?\
aku tgh marah la... kt USpot

20090519

20090501

post dipadam

Pesanan Untukku

Pesanan Untukku
Kan ku kenangkan,
Dalam ingatanku yang rapuh,
Bagai debu dalam angin,
Yang bertiup atas kuasaNya,

Kan ku kenangkan,
Dalam hatiku yang dibatasi,
OlehNya yang Mengetahui isi hati,
Yang mententeramkan hatiku.

Kan ku kenangkan,
Surat terakhir itu,
Yang bukan kelima,
Tetapi yang ketujuh.

Kan ku kenangkan,
Puisi pesanan itu,
Kandung dalamnya,
Surat terakhir itu,

Kan ku kenangkan,
Pesan dari dirimu,
Yang ku mahu itu,
Tuhan tidak akan makbulkan,

Kan ku kenangkan,
Hikmat Tuhan itu,
Hanya memenuhi,
Apa yang kuperlukan.
-Amittai Tank Akthar

20090428

LIMA SURAT ITU

LIMA SURAT ITU
Lima Surat itu,
Tidak jemu aku membacanya,
Pertamanya,
Mencerminkan perasaan,
Penulisnya kepada penerimanya,
Tidak merelakan kepergian walaupun seketika.
Lima Surat itu,
Berulangkali aku membacanya,
Keduanya,
Membayangkan perasaan,
Penulisnya kepada orang yang telah pergi,
Rindunya terbawa-bawa dalam tutur katanya.
Lima Surat itu,
Membara perasaanku bila membacanya,
Ketiganya,
Menyatakan kegembiraan,
Penulisnya tentang harinya,
Namun tertitis kekeliruan perasaannya.
Lima Surat itu,
Hampir menitis air mataku bila membacanya,
Keempatnya,
Menebarkan kegembiraan,
Penulisnya yang tidak sabar menunggu kepulangan insan itu,
Dan pemberitaan teman di sekelilingnya.

Lima Surat itu,
Sebakku menahan kerinduan bila membacanya,
Kelimanya,
Menampakkan Perasaan teruja,
Penulisnya untuk bertemu dengan insan yang dirinduinya,
Perbuatannya mencerminkan rindu yang dalam serta harapan yang menggunung.
Lima Surat itu,
Tak jemu berulang ulang kali ku membacanya,
Walau bukan Sembilan Surat itu,
Atau Tujuh Surat itu,
Tapi hanya Lima Surat itu,
Namun, cukup menyinari hidupku,
Walau hanya sementara,
Tiga tahun sudah berlalu,
Masih lagi kuulanginya,
Walau penulisnya sudah ketemu,
Insan yang disayanginya,
Mungkin akan terus kubaca,
Andai Diizinkan Pencipta,
Yang terpatri didalam Lima Surat itu,
Pada mula dan akhirnya.
Lima Surat itu,
Hanyalah tanda rindunya padaku,
Pada tiga tahun lalu,
Dan tanda rinduku,
Pada dirinya yang telah berlalu.