There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

20091024

Cinta Semalam

Bicara rindu ini
sejarah cinta kita
Mengimbas kembali kenangan
bersamamu seperti dulu

(Chorus)

Menyambut keharidranamu dalam penuh ketenangan
masih ada kesempatan
mencurah segala-galanya
menjadi milikku

Mimpikah aku ini
Pada kerinduan itu
Yang tidak engkau ketahui
Menanti ucapan kasih

Masih lagi mengharapkan
cinta semalam
hanyalah satu..

(Chorus)
dari liriklagupopular.blogspot.com

20091022

bila aku menulis tentang cinta lagi

Hmm, aku terpanggil untuk menyambung entri sebelum ini atas dasar timbulnya kekeliruan beberapa pihak pada cinta dan beberapa istilah yang sekelompok dengannya.
Aku sendiri bukanlah pandai dalam bahasa, tetapi, bila berbincang tentang cinta kita lihat ada sesetengah masyarakat keliru dengan beberapa istilah.
Satu istilah ialah kapel atau couple.Kapel ialah istilah pasar yang dipinjam dari bahasa inggeris, couple, yang bermaksud pasangan.
Selalu kita terkeliru dengan frasa atau ayat dari beberapa pihak, iaitu couple/kapel itu haram.
Sebenarnya berpasangan itu tidak haram. Yang diharamkan ialah zina dan menghampiri zina. Dan zina atau menghampiri zina itu timbul dari perhubungan dua insan berlawanan jenis jantina yang bukan mahram iaitu yang dibolehkan berkahwin iaitu bukan haram berkahwin yang tidak melalui perkahwinan yang sah dari segi syarak.
Didalam surah yasin, ayat ke 36:
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
Dalam surah An-Naba’ ayat 8:
dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan,
dan juga dalam surah An-Najm ayat 45:
dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita.
Ini menunjukkan fitrah kita diciptakan berpasangan. Cumanya, cara kita berpasangan itu menurut Islam atau tidak yang menjadi persoalan. Jika perkahwinan itu tidak sah, maka ianya juga dikategorikan sebagai zina. Inikan pula diluar perkahwinan tentulah sudah terangan ianya zina.
Maka, dimudahkan perkataan, perbuatan itu adalah salah, bila mereka tidak berkahwin. Berpasangan itu adalah fitrah, Cuma caranya juga perlu sejajar dengan islam. Maka, frasa ‘tiada istilah couple dalam islam juga tidak betul. Cuma masyarakat sekarang banyaknya melabel perbuatan zina/berpasangan diluar perkahwinan sebagai couple. Maka, ini kita perlu betulkan kerana ini timbul dari ceteknya ilmu kita. Yang diharamkan disini adalah perbuatan zina itu dan perbuatan berpasangan diluar perkahwinan.Mungkin pergunaan istilah couple ini kononnya untuk menutup kebenaran bahawa pasangan itu sebenarnya sedang berzina. Kita mohon lindungan Allah dari perkara seperti ini.
Satu lagi kekeliruan yang agak tertimbul adalah perkataan cinta. Dari entri yang lepas telah dinyatakan pandangan tentang cinta. Tapi kita melihat masyarakat seolahnya menolak cinta atau bercinta. Namun dikatakan pula cinta itu hanya selepas perkahwinan. Saya tidak menyatakan ini adalah salah, Cuma yang kurang tepat disini adalah cinta itu digambarkan sebagai couple atau berpasangan. Sebetulnya cinta itu adalah satu perasaan yang merupakan satu fitrah yang dijadikan Allah untuk manusia, supaya mereka merasa kasih kepada sesame sendiri. Perasaan itu mungkin timbul sebelum berkahwin, dan apabila pihak lelaki itu merasakan cinta, maka perlulah ia menyalurkan dengan kaedah yang betul iaitu samada ianya berkahwin, atau menahan perasaan beliau dengan bersabar jika mampu. Maka, apabila berkahwin, perasaan itu tidaklah berhenti, namun terus sahaja dalam perhubungan. Dalam entri sebelum ini telah dinyatakan tentang cinta adalah ujian. Maka, dialam perkahwinan juga timbullah ujian-ujiannya, seperti rasa susah, jemu dan sebagainya. Namun, atas dasar tanggungjawab sesebuah perkahwinan itu diteruskan dan diharungi bersama, hingga kembali merasa nikmat manisnya cinta itu. Dan mungkin juga ada pasangan yang bercinta, dan berkahwin, tetapi mungkin perasaan cinta itu dikalahkan oleh susah dan payah hingga mereka merasakan jalan terbaik adalah melalui penceraian dan ini adalah dibenarkan juga, Cuma ia adalah sesuatu yang dibenci Allah.
Dan berbalik kepada sebelum perkahwinan itu, perasaan cinta ini mungkin sudah diwujudkan dalam hati, namun penyalurannya ialah perlu kepada perkahwinan. Maka, bila kita mempunyai perasaan cinta adalah tidak salah, Cuma caranya perlulah betul iaitu melalui perkahwinan yang sah dari syarak Islam.

“Bercinta bagai nak rak tapi akhirnya entah kemana.” Disini perkataan bercinta itu merujuk kepada apa?
Bercinta itu mungkin merujuk kepada perasaan cinta, tapi cinta juga kadangnya tidak kesampaian, iaitu bukan ketetapan atau jodoh. Namun, jika bercinta itu merujuk kepada berpasangan diluar perkahwinan, maka ini adalah salah, dan tidak patut.
Maka, renungkanlah kembali dan pahamkan lah perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan. Kepada rakan2 yang ingin ber’couple’ perlulah ada ber’couple’ dengan cara yang betul iaitu melalui perkahwinan. Jika tiada hubungan yang sah, maka, janganlah berpasangan. Namun, bukan salah jika berkenalan atau berurusan secara professional atau untuk urusan penting. Memang, bagi kita golongan remaja, rasa ingin sangat untuk ber’couple’ , dan ini mungkin kerana dorongan syaitan atau dari pengaruh rakan dan persekitaran yang seolah menghalalkan perbuatan ini, maka, ingatlah, sesungguhnya perhubungan berpasangan sebelum berkahwin atau diluar perkahwinan itu adalah zina dan zina itu adalah haram. Tidak salah mempunyai perasaan cinta, ingin mencintai dan dicintai, Cuma kaedahnya perlulah halal dan sah.
Akhir kata, inginku mohon maaf dan teguran jika ada kekhilafan dan kesalahan samada sengaja atau tak sengaja, dari kejahilan atau ketidakfahaman. Harap dapat menegur kesalahan yang dapat ditunjukkan kebenaran, bukannya menghentam dan mengkritik tanpa asas. Disini harap dapat disebarkan kepada rakan2 agar mereka yang telah ber’couple’ ini dapat menyedari perbuatan mereka itu salah dan supaya yang masih belum ber’couple’ dapat mengetahui dan menghindari perbuatan berpasangan diluar perkahwinan yang haram hukumnya. Maka, janganlah yang ber’couple’ itu dihentam habis-habisan, namun perlulah dipujuk dan dirawat kerana mungkin mereka tidak tahu dan mungkin juga telah mabuk dilanda cinta.
p/s: teringin juga nak ber’couple’ ni… tapi cinta ngak sampai lagi.

20091020

bila aku menulis tentang cinta

apa itu cinta...aku pon tak tahu....sebenarnya.
Tapi bagi ku cinta macam ujian. sebab hidup kita pon ujian.
Cinta adalah ujian. tapi hidup bukan cinta. Faham tak ?
aku pon tak paham.
Kita ambik contoh, cinta pada Allah, kita mesti akan diuji,
untuk melaksanakan cinta pada Allah ini,syaitan akan cuba nak halang kita.
Kita nak berjuang sebarkan kebenaran, Islam contohnya, mesti ada yang menghalang atau buruk sangka, mengata dan sebagainya. Atau pon mungkin hari hujan, atau panas atau jalan jem dan sebagainya.
Cinta memang manis, macam manisnya bila lulus ujian, dapat A dalam subjek kalkulus, selepas berhempas pulas stadi. Itulah cinta pada ilmu. memang manis, nikmat Allah beri pada kita ada cinta.
Tapi cinta itu ujian.
Ada juga yang gagal dalam bercinta.
Bukannya dia gagal maksudnya dia tak dapat cinta atau gagal memenangi hati seseorang,
tapi gagalnya dia dalam ujian bercinta itu. Dia mungkin berjaya memenangi hati kekasihnya tapi dua dua gagal dalam kehidupan sendiri, terlalu asyik bercinta sampai lupa tuhan, lupa pelajaran. Itu lah gagal dalam cinta. sebab cinta itu ujian.

Atau pon gagal dalam cinta pada Allah, bila kecundang pada godaan syaitan atau berputus asa, bila dihalang oleh orang yang zalim untuk berjuang pada jalan Allah, berjuang ni pulak adalah tak semestinya berperang melawan orang kafir harbi, termasuk juga berjuang dalam agama ini ialah amar makruf nahi mungkar, atau sekadar melawat jiran tetangga yang sakit.

bila kita ambik contoh, cinta kepada lawan jenis, (korang tunggu part ni je ke?)
kadang kadang kita rasa suka je kat sorang ni, tapi adakah itu cinta?
tanya diri dan hati, berdoa, mungkin ianya hanya nafsu/ atau godaan syaitan,
kalau perasaan tarikan itu cinta juga sekalipon, belum masih dikira berjaya dalam bercinta,
kerana kalau cintanya itu menyebabkan dia hilang pertimbangan,
andai gelojak(betui ka perkataan ini?) cinta itu terlalu kuat, tak boleh sabar2 lagi, salurkan pada saluran yang betul, tanya keluarganya ka, apa ka, dengan cara islam.
Cinta itu tak gagal kalau keluarganya menolak ke apa ke? ujian kan susah?
kita still dapat sesuatu, kita menahan sabar, dapat pahala, kalau kita gi bomohkan orang itu, kita dapat dosa, dan gagallah kita dalam cinta.
Contoh lagi, cinta pada ilmu, kita usaha cari,cari dan cari, tak jumpa jugak,
cinta nih...bukan main main kuat cari ilmu tapi tak dapat, nak wat camna?
takdir tak jumpa cari ilmu pasal packed column dan moisture movement in solid, jadi tak dapat buat assignment. apa cerita? gagal kah? kita cuma gagal dalam menyiapkan assignment itu,
tapi kita tak gagal dalam cinta pada ilmu, sebab kita dah usaha( mungkin cinta kita pada ilmu itu tak kuat kot? atau kita lebih cinta pada lain dari ilmu, pada Allah mungkin?)
tapi mungkin, ilmu tu akan datang selepas kita dah berhenti mencari, sebab ilmu ni
datang dari Allah, Dia nak bagi, kita dapat, Dia tak bagi,
usahalah macamana pon, walau 100 lecturer bertaraf PhD dan Professor tolong kita cari pon, kalau Allah kata tak dapat, maka tak dapat lah.

kadang kita cinta sama orang, kita cinta sama cinta, kita mintak restu keluarga,
dan kawin, tapi 2-3 taun atau20 30 tahun sok kita cerai.. gagal kah kita?
Mungkin gagal bila kita lupa nak mintak restu Allah.
tapi andai sudah ada restu Allah sekalipon andaikata Dia takdirkan bercerai
(mati pon bercerai gak kan?) tak semestinya kita gagal(maksudnya mungkin gagal mungkin tak) sebab itu ini bukan urusan kita nak tentukan gagal jaya satu cinta itu. cinta itu dari hati, dan hati-hati manusia itu urusan Allah, hati hati manusia adalah dalam kekuasaanNya.

Cuma bagi aku yang tak mengerti apa itu cinta, mungkin korang akan cakap,
bercinta pon tak penah, nak tulis pasal cinta,
Tapi, kita ni makhluk Allah, sudahlah diberi cinta pada hati, iaitu Cinta pada Nya,
Cuma samada kita layan cinta itu atau tak? itu yang kita tak tahu?

Kepada insan yang kucintai(Mak, famili sendiri) dan insan yang mungkin aku cintai(nak tulis nama ke?) dan insan yang bakal aku cintai(Allah knows) aku harap korang tahu
aku tak pandai cakap i lap u, aku cinta kamu, aku sayang kamu, walaupon ada hadis cakap
kalau kamu cinta pada saudaramu, katakanlah padanya.
Tapi aku tetap cinta kat korang.

Cinta pada Allah, berat sungguh ujian untuk ini.
Ya Allah, tolong aku dalam cintaku pada Mu.(dan pada insan yang lain)

20091013

Gabai Gabai

Lama dah aku nak tulis entri (bahasa melayu dia apa ya?) ni, tapi tak sempat, stadi untuk exam woo…
So, ni entri tertangguh untuk event hari isnin lepas lepas entah berapa kali lepas aku pon tak tau.
So, hari Isnin tu kami, cell (trainee GEM), ses (Ketua kelas 4B) ngn aku (aku la) pergi la ke Gabai sungai di Langat hulu itu menaiki kuda2 kami yang girang ceria selepas diberi suapan. Sampai lah disana dalam pukul sebelas jugak.
Setelah agak penat menaiki bukit, terutamanya untuk Ketua kelas 4B merangkap Pengerusi merangkap setiausaha PPE dan juga merangkap Pengarah Program Gabai River Extreme Goodbye Challenge, agak sampai la kat tapak yang biasa itu.
Hari tu Isnin, hari minggu atau dalam bahasa anglonya weekdays, jadi tak ramai la orang. Yang banyaknya sampah sampah (bukan sampah masyarakat yaa) bersepah sepah sampah yang menyampah.
Lepas agak2 jumpa port bersih untuk letak bid…beg, kami pon memulakan program.
Kat sana adalah beberapa pasang dan tak berapa pasang yang dijumpai di sana. Kat tapak biasa kami tu adalah dalam 4 orang kot. Dah agak sampai ke tentative program yang kedua iaitu free style water sliding yang dimulakan dengan cubaan berdiri oleh saudara Trainee GEM kita namun macam biasa gagal.
Pas 2 3 kali sliding agak perasaan la kat tempat slide tu ada la sepasang lelaki wanita itu.
“Oit, gilo ahh, pompuan tu tak pakai seluar” (kata salah seorang peserta program)
“Dia pakai la seluar, cuba tengok betul” (jawab peserta program yang lain)
“A ahh yaa” (balas peserta pertama itu)
Rupa-rupanya, minah sorang ni memakai seluar yang berwarna… macam kulit.
Jadi, berpunca dari peristiwa itu, maka ingin lah disampaikan kepada semua pembaca dan diseru menyampaikan pada kengkawan yang lain.
Fahami Sebenar-Benarnya Maksud Menutup Aurat
Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang sudahpun
diketahui umum umat Islam. Tuntutan menutup aurat itu sabit
berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur'an, hadits dan kesepakatan
para ulama. Akan tetapi ramai umat Islam yang mengabaikan dan
bersifat acuh tak acuh akan tuntutan dan kewajipan menutup aurat
ini, baik lelaki mahupun perempuan.
Apa yang menyedihkan ialah cara atau tren berpakaian segolongan
individu, khususnya perempuan, tidak menepati dengan apa yang
digariskan oleh syara‘. Pakaian yang mereka pakai bukan untuk
menutup aurat, sebaliknya hanya menampal sebagai perhiasan
semata-mata agar dipandang cantik dan bergaya.
Lebih mengecewakan lagi, anggapan sesetengah individu itu
bahawa memadai apabila dia memakai tudung sahaja, maka sudah
bermakna dia menutup aurat. Sedangkan pakaian yang dipakai
nyata masih tidak menepati tuntutan menutup aurat sebagaimana
yang dikehendaki oleh syara‘, seperti memakai seluar yang ketat
atau pakaian pendek, nipis (jarang) dan kain berbelah, sama ada
mereka sedari ataupun tidak bahawa pakaian yang mereka pakai
itu adalah mengghairahkan. Bahkan cara bertudung pun masih
menampakkan anggota aurat yang wajib ditutup atau
disembunyikan.

Ada pula yang memakai pakaian yang lengkap menutup aurat pada
waktu-waktu tertentu sahaja, seperti ketika menghadiri majlismajlis
keagamaan dan kedukaan seperti kematian, tetapi tidak pada
waktu-waktu lain.
Sikap sebahagian wanita-wanita muslimah seumpama ini
menunjukkan bahawa mereka belum memahami maksud sebenar
menutup aurat itu dan bagaimana cara melaksanakannya
sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.

Tuntutan Menutup Aurat Adalah Perintah Allah Subhanahu
Wa Ta‘ala
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mewajibkan lelaki mahupun
perempuan untuk menutup aurat mereka dan menggariskan caracara
menutup aurat itu. Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah
Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Memakai pakaian yang menutup
aurat sebagaimana yang digariskan oleh syara‘ bererti mentaati
perintahNya. Bilamana menutup aurat merupakan suatu ketaatan,
maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan
suatu kederhakaan.
Tuntutan menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan.
Ancaman dan balasan Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap
mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan
tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras. Antara akibat
melanggar tuntutan ini ialah laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintahNya itu
tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat
dihidu oleh mereka, sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah
hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah
aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya,
iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka
gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang
berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian
tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang
diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak
menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang
condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh
menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat
dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadits riwayat Muslim)
Oleh itu, kita hendaklah mengenakan pakaian untuk menutup aurat
sebagaimana yang disuruh syara‘ kerana mentaati perintah Allah
Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya kerana tuntutan fesyen semasa
atau kesesuaian tempat dan keadaan.
Menutup Aurat Nikmat Anugerah Allah Subhanahu Wa
Ta‘ala

Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan bahan-bahan
pakaian di muka bumi dan memberikan manusia keupayaan
menghasilkan pakaian sebagaimana yang ditegaskan melalui
firmanNya:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup
‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa
taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari
tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada
hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan
bersyukur)”.
(Surah al-A‘raaf: ayat 26)
Ayat ini menjelaskan bahawa bahan pakaian yang telah diberikan
oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya itu
sebagai tanda-tanda limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada
hamba-hambaNya untuk menutup aurat mereka.
Maka mereka yang mengabaikan kewajipan ini dengan
mendedahkan aurat mereka adalah orang-orang yang tidak
bersyukur dan tidak menghargai nikmat tersebut.
Banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapat daripada
kewajipan menutup aurat ini. Islam tidak mensyariatkan sesuatu
melainkan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri.
Tuntutan menutup aurat ke atas wanita adalah untuk kebaikan bagi
diri kaum wanita juga.
Di antara rahsia atau faedah menutup aurat yang khusus bagi
wanita sepertimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an ialah untuk
mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik dan dengan
berpakaian sedemikian, maka mereka tidak akan diganggu. Secara
tidak langsung pakaian yang menutup aurat dan sopan merupakan
antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan yang jahat atau
berlakunya perkara yang buruk, umpamanya kes rogol.
Oleh itu, kewajipan menutup aurat juga merupakan satu nikmat
yang wajib disyukuri, iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan
ini.
Bagaimana Cara Menutup Aurat Yang Dituntut Syara‘?
Sebelum dijelaskan cara menutup aurat bagi wanita sebagaimana
yang dituntut oleh syara‘, perlu disebut terlebih dahulu bagaimana
aurat wanita itu di hadapan lelaki bukan mahramnya. Secara
sepintas lalu, bagaimana aurat perempuan dalam sembahyang,
maka itulah juga auratnya di luar sembahyang. Apa yang boleh
nampak di hadapan orang-orang yang bukan mahramnya hanyalah
kedua tapak tangan dan muka sahaja, manakala keseluruhan
anggota badan yang lain merupakan aurat yang wajib ditutup.

Islam telah menentukan batas-batas yang harus (boleh)
dibuka iaitu muka dan dua tapak tangan, manakala bahagian-bahagian lainnya pula wajib ditutup.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. Wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur : 30 – 31)
Maka, dari ayat diatas dapat disimpulkan salah satu cara menutup aurat yang dituntut syara’ ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan.
Cara berpakaian bagi perempuan yang sempurna menutup aurat
sebagaimana yang dikehendaki syara‘ itu dirujuk kepada firman
Allah Ta‘ala:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu
mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Ahzab: 59)
Dalam ayat di atas telah jelas menyatakan bahawa pakaian yang
dipakai ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan
menutup seluruh tubuh pemakainya iaitu bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.

Antara tujuan berpakaian menurut Islam ialah untuk menutup atau melindungi bahagian-bahagian tertentu pada badan. Tetapi sekiranya wanita tersebut memakai pakaian yang nipis atau jarang sehingga boleh dilihat warna kulitnya dan aurat yang sepatutnya ditutup, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Wanita yang berpakaian sebegini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai wanita berpakaian tetapi berbogel. Mereka bukan sahaja dilaknat oleh Allah s.w.t. tetapi juga tidak berpeluang untuk mencium bau syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
“Akan terdapat pada akhir-akhir umatku (kaum wanita) yang berpakaian menutup badan dan telanjang (yang berpakaian nipis atau membayangkan kulit badan/bentuknya), atas kepala mereka, laknatilah mereka sesungguhnya mereka golongan yang terlaknat.”
Terdapat juga beberapa hadits yang menyebut tentang ciri-ciri
pakaian yang dikehendaki oleh syara‘, umpamanya hadits yang
diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha:
“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung
kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai
pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
berpaling daripadanya.
Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang
perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh
dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan
kedua-dua tapak tangan Baginda.”
(Hadits riwayat Abu Daud)
Berdasarkan kepada dua dalil di atas juga, dijelaskan bahawa ciri-ciri
pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita
itu termasuk juga berpakaian yang tidak membayangkan kulit dan bentuk tubuh .

Antara tujuan menutup aurat ialah untuk mengelak dari berlakunya fitnah. Sekiranya wanita itu berpakaian ketat sehingga jelas kelihatan potongan badan dan bahagian-bahagian anggota tubuh badannya maka keadaan ini boleh menimbulkan fitnah yang berakhir dengan pelbagai bentuk jenayah yang dikutuk oleh agama.
Usamah Bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Kalbi dan Rasulullah menghadiahkan pula kain tersebut kepada beliau (Usamah) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya. Suatu hari Rasulullah bertanya Usamah, “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab, “Aku telah berikannya kepada isteriku.” Lalu Rasulullah berkata kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain tersebut tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).”
Ini antara lain menerangkan salah satu ciri menutup aurat ialah tidak memakai pakaian yang ketat.

Dalam hadis yang lain pula, Abu Musa al-Asy’ari r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan supaya dihidu bau wangi yang dipakainya, maka dia dikira berzina.”
Jika difahami maksud hadis tersebut maka menjaga aurat wanita juga termasuk tidak memakai bauan yang boleh menarik perhatian lelaki, namun memakai wangian itu cukuplah sekadar menghilangkan bau badan.


Menurut hadis-hadis sahih dari Rasulullah s.a.w., dapat difahami bahawa Allah s.w.t. melaknat wanita yang meniru pakaian lelaki dan lelaki yang meniru pakaian wanita. Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: “Rasulullah telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian lelaki.”
Ini bersesuaian dengan sifat tabi’i seorang wanita di mana Islam menyarankan agar kaum wanita memakai pakaian-pakaian yang sesuai dengan sifat dan kejadian mereka, lemah-lembut dan bersopan-santun, jadi pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki adalah menutup aurat bagi wanita.
Namun, perlu juga diingatkan disini bahawa tuntutan menutup aurat juga disyariatkan kepada lelaki cuma kawasan auratnya sahaja berbeza iaitu pusat, kedua dua lutut dan yang diantaranya.
Secara ringkasnya, menutup aurat adalah syariat yang wajib dan tidak patut dianggap sebagai satu kongkongan atau hukuman tetapi satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dan dapat disimpulkan cara menutup aurat ialah:
1. Menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan bagi wanita dan kawasan dari kedua-dua belah lutut sampai kepusat bagi lelaki.
2. Pakaian yang dipakai ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh aurat pemakainya.
3. Berpakaian yang tidak membayangkan kulit dan bentuk tubuh .
4. Tidak memakai pakaian yang ketat.
5. Tidak memakai bauan yang boleh menarik perhatian lelaki
6. Tidak memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan susuk tubuh atau kulit.
7. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki adalah menutup aurat bagi wanita dan begitu juga dengan lelaki tidak boleh memakai pakaian menyerupai wanita.

Dipetik dari isma.net dan Pejabat Mufti Negeri, Pejabat Perdana Menteri, Brunei Darussalam.


Hmmm, bila agaknya lagi nak g Gabai?

20091009

bangunku, tidurku, hidupku adalah ujian

ujian, yaa, benar, inilah ujian, tidurku ujian, bangunku ujian, hidupku ujian, matiku jua ujian.
Itulah ia...

Dahulu aku tak kesah ujian, ujian bagiku adalah latihan untuk ujian yang lebih besar...
Kita makin kuat, makin pandai , makin etc....

But now unfortunately, pandangan aku berubah:
Aku resah, keluh, kesah, gelisah, basah, bilamana aku mendengar,
EXAM, UJIAN,TEST, PEPERIKSAAN...

Aku jadi takut dan kalut...
Mungkin inilah yang telah diterapkan padaku bila dimatikulasi dulu....
setiapnya adalah penting, sampai di Jamrat Putra nih, aku terus dilamun
Cin.... bukan cinta, cincai, cincai, bila mana aku nampak ujian aku wat dengan cincai, maksud cincai ini bukan tak bersungguh, tapi terlalu bersungguh, sampai hasilnya ialah: CINCAI(C,D,F)
Ketakutan lampau(lampau disini bermaksud sangat, bukan yang lepas) pada ujian ini menghasilkan hasil yang corot....di samping juga, keterkejutan dan kesilapan perancangan.
episod paranoia dan fobia ini berlaku langsungnya hingga kini...

Mungkin inilah yang dikatakan fitrah manusia,
Manusia, lemah, mudah lupa, namun manusia juga bodoh dan sombong, kebanyakan mereka tak mengetahui yang mereka ini lemah dan pelupa...
Aku bangga dengan diri aku, aku usaha sehabisan, namun lupa aku insan lemah, biasa....
Akhirnya kecunDang jua.
Namun, akhirnya aku tersedar, sekuat mana pon perancangan, Tuhan juga yang lebih Merancang.
Ku berfikir kembali, merenung ciptaanku yang fitrahnya lemah.
Rupanya aku terlupa, ujian memang akan sentiasa ada,
aku lupa fakta bukan auta, bangunku, tidurku, hidupku dan matiku adalah ujian. lari kemana yaa?
Mati juga ujian. Maka aku kembali merubah persepsi takot ujian, ujian adalah teman bukan lawan.
Ujian dari Allah, untuk menguji hamba-hambaNya, yang mana layak untuk diterima, diberi ganjaran. Namun, mintalah pertolonganNya, kerna kita berjaya kernaNya, hidup pon kernaNya,
ujud kita pon kernaNya. Kita tak mampu langsung tanpaNya, hendak solat pon andai tak diberi
izin dariNya, walau satu alam membantu, sampai kesudah tak Solat, tanpaNya.

Sekarang aku kembali ke persepsi dahulu, Ujian adalah ujian, latihan untuk ujian yang lebih besar.
Aku berterima kasih padaNya kerna membetulkan ku kembali.
Ujian seterusnya?
Soalan ni pon ujian, sebab kita pon tak tau bilanya nak ada ujian yang seterusnya?
Penantian pon ujian? Semuanya ujian. Susah, senang, kaya, kuat, hepi, riang, tawa, kenyang, laparpon ujian. kebodohan ujian, kepandaian juga ujian.
Keislaman kita juga ujian, kerna walau kita sudah Islam belum cukup lagi, kerna kita hanya berserah diri/tunduk, kita belum lagi beriman, sudah beriman kita diuji lagi, tahankah iman> berapakah level iman? adakah akan naikkah iman atau turun iman?
adakah kita beriman bila miskin saja? atau hanya bila kaya saja?
Bila hidup saja? atau bila mati saja?
Ujian takkan sudah... sampai mati pon ujian.

20090915

tenang kembali

Hari ni aku baca buku bertajuk AKU TERIMA NIKAHNYA yang ses pinjam dari sorang minah ni...

So skang aku dah faham sumthing
- Mencari jodoh bukan pada pakaiannya, pada tudung labuhnya atau pada tunduk pandangannya.
Tetapi pada agamanya, pada usahanya untuk menjadi lebih baik dalam beragama.

20090905

hujan turun sebab air banyak kat langit ke?

Arakian, tersebutlah kisah,
Sa-orang pemuda miskin yang menyara hidup dengan memancing
dan menjala di tasik besar itu.
Maka diperihalkan oleh penglipur lara yang singgah di kota ini,
menyampaikan kisah ini pada hamba lalu hamba menyampaikannya.
Adapun maka perkataan hamba mungkin berbeda, hatta sekali,
kisahnya mungkin berubah pada pengalaman hamba yang merantau seperti juga
sang penglipur lara itu.
Adapun berkenaan pemuda itu, berlakulah satu kejadian menimpa dirinya
pada hari hari yang sepertinya biasa, pada hayatnya yang masih baru mencari nyara hidup
sebagai sa-orang nelayan kiranya sebelum itu kedua orang tuanya petani belaka.
Maka ilmunya hanya sekadar mengikuti orang tuanya yang laki untuk mencari ikan buat lauk sekali sekala.

Dan pada hari itu, sepertinya cerah langit itu, pemuda itu pun berperahu ke lubuk di tasik itu,
lalu menahan pancing dan menebarkan jalanya. Adapun, baru hendak duduk berehat tak semena mena datanglah sa-orang tua yang muncul dari tasik.
Maka, terloponglah mulut sang pemuda sahingga tertitis air mulutnya dek kerana satu kejadian yang belum pernah menimpa dirinya itu hingga andai lata terjadinya kejadian itu delapan kali sekalipun, maka terlopong jualah mulutnya.
Seraya, orang tua itu pon berbicara, tentang ikan di tasik ini resamnya akan berpesta ria
pada waktu Matahari berihat disebalik Sang Awan kerna takut melihat manusia melakukan dosa, dan Sang Angin menyatakan kemarahannya dengan berlari lari kencang,
Dan Langit pula menangis sedih melihat makhluk ciptaan Tuhannya yang menciptakan dia juga
melakukan onar di atas dunia.
Maka, sang pemuda itu dek kerna bicara orang tua yang timbul dari tasik besar itu,
telah berfikir untuk mendapatkan ikan dan makhluk air sebanyaknya.
Pemuda tersebut lalu pulang dan menanti di terataknya yang tak seberapa itu.
Setelah dua kali matahari di hambat Malam pemuda itu menunggu Langit menangis.
Namun tiadalah ia menangis.
Seraya, terdetik didalam hati sang pemuda:
"Apakah manusia tidak melakukan dosa selama dua hari ini?
Atau pun hari ini sudah terbit sang matahari dari pintu perlindungannya apabila dihambat malam?
Maka, berpergilah sang pemuda, untuk kepasar kerana kehabisan roti di rumahnya.
Di pasar ketemunya dia dengan Tukang Roti.
Maka, dalam pembeliannya menukarkan ikan keringnya, dia bertanyakan perihal hujan pada tukang roti.
Maka, tukang roti berkata:
"Maka, Langit menangis kerana airnya banyak di kepala, maka untuk mengelakkan kepalanya pecah, maka, langit menangis."
Pemuda itu bertanyakan lagi:
"Mengapa langit itu tidak menangis sudah dua malam?"
maka isteri tukang roti kebetulan mendengar lalu berkata:
"Airnya belum banyak lagi hingga sampai ia mau pecah kepala"

Maka, pulanglah sang pemuda itu bersama roti dan kata kata tukang roti dan isterinya.
Esoknya bila matahari terbit, maka sang pemuda yang baru bangun mandi itu, berpergianlah ia ke tasik itu, sambil merenung langit.
Seraya berkata pemuda itu didalam hatinya,
"Air di langit kurang, maka mungkin kalau aku menghantar air tasik ini ke langit,
langit akan menangislah, dan bolehlah aku menjala sebanyaknya kemahuan hatiku."

Maka, dicebukkan air di tasik itu lalu dilemparkan kearah langit.
berkali kali dia melemparkan sekuat hati. hingga ceboknya terlepas ke langit lalu jatuh menimpa mukanya.
Celaka betul dirinya itu. Namun tidak putus asa pemuda itu hingga
setelah tiga hari melempar air ke langit maka pemuda itu jatuh pingsan.
Tidak lama setelah itu, langit mula menangis sederas derasnya.
namun, pemuda itu pingsan diatas perahunya dan air itu menenggelamkan perahunya
sambil ikan berpesta disekeliling.

Maka, sang penglipur lara berkata:
"Pemuda itu hanya mendengar kata-kata orang dan
tidak mencari sebab sebenarnya. Sebenarnya langit itu menangis bukan kerana airnya penuh,
namun kerana ia adalah perintah Tuhannya sebagai rahmat kepada makhluknya dibumi. Maka, jangan kita menyangka apabila sesuatu itu berlaku atau apabila seseorang itu melakukan sesuatu kita mendengar kata orang mengenainya tanpa menyelidik atau meletakkan sebab itu melalui kebiasaan perkara itu berlaku. Contohnya apabila sang kaya menderma, kita katakan untuk bermegah-megah. Mungkin ia sedang memperbaiki amalannya. Atau pun telah bertaubat. Maka kita janganlah buruk sangka.
Begitu juga apabila orang melakukan kebaikan, maka kita anggap dia baik, mungkin dia hanya ingin menunjuk-nunjuk. Cubalah mencari ilmu dan mengkaji sesuatu itu dan jangan hanya menerima sahaja apa yang didengar."