Lama dah aku nak tulis entri (bahasa melayu dia apa ya?) ni, tapi tak sempat, stadi untuk exam woo…
So, ni entri tertangguh untuk event hari isnin lepas lepas entah berapa kali lepas aku pon tak tau.
So, hari Isnin tu kami, cell (trainee GEM), ses (Ketua kelas 4B) ngn aku (aku la) pergi la ke Gabai sungai di Langat hulu itu menaiki kuda2 kami yang girang ceria selepas diberi suapan. Sampai lah disana dalam pukul sebelas jugak.
Setelah agak penat menaiki bukit, terutamanya untuk Ketua kelas 4B merangkap Pengerusi merangkap setiausaha PPE dan juga merangkap Pengarah Program Gabai River Extreme Goodbye Challenge, agak sampai la kat tapak yang biasa itu.
Hari tu Isnin, hari minggu atau dalam bahasa anglonya weekdays, jadi tak ramai la orang. Yang banyaknya sampah sampah (bukan sampah masyarakat yaa) bersepah sepah sampah yang menyampah.
Lepas agak2 jumpa port bersih untuk letak bid…beg, kami pon memulakan program.
Kat sana adalah beberapa pasang dan tak berapa pasang yang dijumpai di sana. Kat tapak biasa kami tu adalah dalam 4 orang kot. Dah agak sampai ke tentative program yang kedua iaitu free style water sliding yang dimulakan dengan cubaan berdiri oleh saudara Trainee GEM kita namun macam biasa gagal.
Pas 2 3 kali sliding agak perasaan la kat tempat slide tu ada la sepasang lelaki wanita itu.
“Oit, gilo ahh, pompuan tu tak pakai seluar” (kata salah seorang peserta program)
“Dia pakai la seluar, cuba tengok betul” (jawab peserta program yang lain)
“A ahh yaa” (balas peserta pertama itu)
Rupa-rupanya, minah sorang ni memakai seluar yang berwarna… macam kulit.
Jadi, berpunca dari peristiwa itu, maka ingin lah disampaikan kepada semua pembaca dan diseru menyampaikan pada kengkawan yang lain.
Fahami Sebenar-Benarnya Maksud Menutup Aurat
Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang sudahpun
diketahui umum umat Islam. Tuntutan menutup aurat itu sabit
berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur'an, hadits dan kesepakatan
para ulama. Akan tetapi ramai umat Islam yang mengabaikan dan
bersifat acuh tak acuh akan tuntutan dan kewajipan menutup aurat
ini, baik lelaki mahupun perempuan.
Apa yang menyedihkan ialah cara atau tren berpakaian segolongan
individu, khususnya perempuan, tidak menepati dengan apa yang
digariskan oleh syara‘. Pakaian yang mereka pakai bukan untuk
menutup aurat, sebaliknya hanya menampal sebagai perhiasan
semata-mata agar dipandang cantik dan bergaya.
Lebih mengecewakan lagi, anggapan sesetengah individu itu
bahawa memadai apabila dia memakai tudung sahaja, maka sudah
bermakna dia menutup aurat. Sedangkan pakaian yang dipakai
nyata masih tidak menepati tuntutan menutup aurat sebagaimana
yang dikehendaki oleh syara‘, seperti memakai seluar yang ketat
atau pakaian pendek, nipis (jarang) dan kain berbelah, sama ada
mereka sedari ataupun tidak bahawa pakaian yang mereka pakai
itu adalah mengghairahkan. Bahkan cara bertudung pun masih
menampakkan anggota aurat yang wajib ditutup atau
disembunyikan.
Ada pula yang memakai pakaian yang lengkap menutup aurat pada
waktu-waktu tertentu sahaja, seperti ketika menghadiri majlismajlis
keagamaan dan kedukaan seperti kematian, tetapi tidak pada
waktu-waktu lain.
Sikap sebahagian wanita-wanita muslimah seumpama ini
menunjukkan bahawa mereka belum memahami maksud sebenar
menutup aurat itu dan bagaimana cara melaksanakannya
sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.
Tuntutan Menutup Aurat Adalah Perintah Allah Subhanahu
Wa Ta‘ala
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mewajibkan lelaki mahupun
perempuan untuk menutup aurat mereka dan menggariskan caracara
menutup aurat itu. Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah
Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Memakai pakaian yang menutup
aurat sebagaimana yang digariskan oleh syara‘ bererti mentaati
perintahNya. Bilamana menutup aurat merupakan suatu ketaatan,
maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan
suatu kederhakaan.
Tuntutan menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan.
Ancaman dan balasan Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap
mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan
tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras. Antara akibat
melanggar tuntutan ini ialah laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintahNya itu
tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat
dihidu oleh mereka, sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah
hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah
aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya,
iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka
gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang
berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian
tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang
diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak
menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang
condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh
menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat
dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).”
(Hadits riwayat Muslim)
Oleh itu, kita hendaklah mengenakan pakaian untuk menutup aurat
sebagaimana yang disuruh syara‘ kerana mentaati perintah Allah
Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya kerana tuntutan fesyen semasa
atau kesesuaian tempat dan keadaan.
Menutup Aurat Nikmat Anugerah Allah Subhanahu Wa
Ta‘ala
Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan bahan-bahan
pakaian di muka bumi dan memberikan manusia keupayaan
menghasilkan pakaian sebagaimana yang ditegaskan melalui
firmanNya:
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah
menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup
‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa
taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari
tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada
hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan
bersyukur)”.
(Surah al-A‘raaf: ayat 26)
Ayat ini menjelaskan bahawa bahan pakaian yang telah diberikan
oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya itu
sebagai tanda-tanda limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada
hamba-hambaNya untuk menutup aurat mereka.
Maka mereka yang mengabaikan kewajipan ini dengan
mendedahkan aurat mereka adalah orang-orang yang tidak
bersyukur dan tidak menghargai nikmat tersebut.
Banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapat daripada
kewajipan menutup aurat ini. Islam tidak mensyariatkan sesuatu
melainkan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri.
Tuntutan menutup aurat ke atas wanita adalah untuk kebaikan bagi
diri kaum wanita juga.
Di antara rahsia atau faedah menutup aurat yang khusus bagi
wanita sepertimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an ialah untuk
mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik dan dengan
berpakaian sedemikian, maka mereka tidak akan diganggu. Secara
tidak langsung pakaian yang menutup aurat dan sopan merupakan
antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan yang jahat atau
berlakunya perkara yang buruk, umpamanya kes rogol.
Oleh itu, kewajipan menutup aurat juga merupakan satu nikmat
yang wajib disyukuri, iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan
ini.
Bagaimana Cara Menutup Aurat Yang Dituntut Syara‘?
Sebelum dijelaskan cara menutup aurat bagi wanita sebagaimana
yang dituntut oleh syara‘, perlu disebut terlebih dahulu bagaimana
aurat wanita itu di hadapan lelaki bukan mahramnya. Secara
sepintas lalu, bagaimana aurat perempuan dalam sembahyang,
maka itulah juga auratnya di luar sembahyang. Apa yang boleh
nampak di hadapan orang-orang yang bukan mahramnya hanyalah
kedua tapak tangan dan muka sahaja, manakala keseluruhan
anggota badan yang lain merupakan aurat yang wajib ditutup.
Islam telah menentukan batas-batas yang harus (boleh)
dibuka iaitu muka dan dua tapak tangan, manakala bahagian-bahagian lainnya pula wajib ditutup.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. Wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur : 30 – 31)
Maka, dari ayat diatas dapat disimpulkan salah satu cara menutup aurat yang dituntut syara’ ialah menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan.
Cara berpakaian bagi perempuan yang sempurna menutup aurat
sebagaimana yang dikehendaki syara‘ itu dirujuk kepada firman
Allah Ta‘ala:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak
perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu
mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah al-Ahzab: 59)
Dalam ayat di atas telah jelas menyatakan bahawa pakaian yang
dipakai ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan
menutup seluruh tubuh pemakainya iaitu bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.
Antara tujuan berpakaian menurut Islam ialah untuk menutup atau melindungi bahagian-bahagian tertentu pada badan. Tetapi sekiranya wanita tersebut memakai pakaian yang nipis atau jarang sehingga boleh dilihat warna kulitnya dan aurat yang sepatutnya ditutup, maka ini bererti pakaian yang dipakainya sudah tidak berfungsi lagi. Wanita yang berpakaian sebegini disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai wanita berpakaian tetapi berbogel. Mereka bukan sahaja dilaknat oleh Allah s.w.t. tetapi juga tidak berpeluang untuk mencium bau syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
“Akan terdapat pada akhir-akhir umatku (kaum wanita) yang berpakaian menutup badan dan telanjang (yang berpakaian nipis atau membayangkan kulit badan/bentuknya), atas kepala mereka, laknatilah mereka sesungguhnya mereka golongan yang terlaknat.”
Terdapat juga beberapa hadits yang menyebut tentang ciri-ciri
pakaian yang dikehendaki oleh syara‘, umpamanya hadits yang
diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha:
“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung
kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai
pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
berpaling daripadanya.
Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang
perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh
dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan
kedua-dua tapak tangan Baginda.”
(Hadits riwayat Abu Daud)
Berdasarkan kepada dua dalil di atas juga, dijelaskan bahawa ciri-ciri
pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita
itu termasuk juga berpakaian yang tidak membayangkan kulit dan bentuk tubuh .
Antara tujuan menutup aurat ialah untuk mengelak dari berlakunya fitnah. Sekiranya wanita itu berpakaian ketat sehingga jelas kelihatan potongan badan dan bahagian-bahagian anggota tubuh badannya maka keadaan ini boleh menimbulkan fitnah yang berakhir dengan pelbagai bentuk jenayah yang dikutuk oleh agama.
Usamah Bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Kalbi dan Rasulullah menghadiahkan pula kain tersebut kepada beliau (Usamah) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya. Suatu hari Rasulullah bertanya Usamah, “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab, “Aku telah berikannya kepada isteriku.” Lalu Rasulullah berkata kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain tersebut tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).”
Ini antara lain menerangkan salah satu ciri menutup aurat ialah tidak memakai pakaian yang ketat.
Dalam hadis yang lain pula, Abu Musa al-Asy’ari r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan supaya dihidu bau wangi yang dipakainya, maka dia dikira berzina.”
Jika difahami maksud hadis tersebut maka menjaga aurat wanita juga termasuk tidak memakai bauan yang boleh menarik perhatian lelaki, namun memakai wangian itu cukuplah sekadar menghilangkan bau badan.
Menurut hadis-hadis sahih dari Rasulullah s.a.w., dapat difahami bahawa Allah s.w.t. melaknat wanita yang meniru pakaian lelaki dan lelaki yang meniru pakaian wanita. Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: “Rasulullah telah melaknat orang-orang lelaki yang berpakaian perempuan dan orang-orang perempuan yang berpakaian lelaki.”
Ini bersesuaian dengan sifat tabi’i seorang wanita di mana Islam menyarankan agar kaum wanita memakai pakaian-pakaian yang sesuai dengan sifat dan kejadian mereka, lemah-lembut dan bersopan-santun, jadi pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki adalah menutup aurat bagi wanita.
Namun, perlu juga diingatkan disini bahawa tuntutan menutup aurat juga disyariatkan kepada lelaki cuma kawasan auratnya sahaja berbeza iaitu pusat, kedua dua lutut dan yang diantaranya.
Secara ringkasnya, menutup aurat adalah syariat yang wajib dan tidak patut dianggap sebagai satu kongkongan atau hukuman tetapi satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dan dapat disimpulkan cara menutup aurat ialah:
1. Menutup seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua belah tangan bagi wanita dan kawasan dari kedua-dua belah lutut sampai kepusat bagi lelaki.
2. Pakaian yang dipakai ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh aurat pemakainya.
3. Berpakaian yang tidak membayangkan kulit dan bentuk tubuh .
4. Tidak memakai pakaian yang ketat.
5. Tidak memakai bauan yang boleh menarik perhatian lelaki
6. Tidak memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan susuk tubuh atau kulit.
7. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki adalah menutup aurat bagi wanita dan begitu juga dengan lelaki tidak boleh memakai pakaian menyerupai wanita.
Dipetik dari isma.net dan Pejabat Mufti Negeri, Pejabat Perdana Menteri, Brunei Darussalam.
Hmmm, bila agaknya lagi nak g Gabai?
20091013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment