20091022

bila aku menulis tentang cinta lagi

Hmm, aku terpanggil untuk menyambung entri sebelum ini atas dasar timbulnya kekeliruan beberapa pihak pada cinta dan beberapa istilah yang sekelompok dengannya.
Aku sendiri bukanlah pandai dalam bahasa, tetapi, bila berbincang tentang cinta kita lihat ada sesetengah masyarakat keliru dengan beberapa istilah.
Satu istilah ialah kapel atau couple.Kapel ialah istilah pasar yang dipinjam dari bahasa inggeris, couple, yang bermaksud pasangan.
Selalu kita terkeliru dengan frasa atau ayat dari beberapa pihak, iaitu couple/kapel itu haram.
Sebenarnya berpasangan itu tidak haram. Yang diharamkan ialah zina dan menghampiri zina. Dan zina atau menghampiri zina itu timbul dari perhubungan dua insan berlawanan jenis jantina yang bukan mahram iaitu yang dibolehkan berkahwin iaitu bukan haram berkahwin yang tidak melalui perkahwinan yang sah dari segi syarak.
Didalam surah yasin, ayat ke 36:
Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
Dalam surah An-Naba’ ayat 8:
dan Kami jadikan kamu berpasang-pasangan,
dan juga dalam surah An-Najm ayat 45:
dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan pria dan wanita.
Ini menunjukkan fitrah kita diciptakan berpasangan. Cumanya, cara kita berpasangan itu menurut Islam atau tidak yang menjadi persoalan. Jika perkahwinan itu tidak sah, maka ianya juga dikategorikan sebagai zina. Inikan pula diluar perkahwinan tentulah sudah terangan ianya zina.
Maka, dimudahkan perkataan, perbuatan itu adalah salah, bila mereka tidak berkahwin. Berpasangan itu adalah fitrah, Cuma caranya juga perlu sejajar dengan islam. Maka, frasa ‘tiada istilah couple dalam islam juga tidak betul. Cuma masyarakat sekarang banyaknya melabel perbuatan zina/berpasangan diluar perkahwinan sebagai couple. Maka, ini kita perlu betulkan kerana ini timbul dari ceteknya ilmu kita. Yang diharamkan disini adalah perbuatan zina itu dan perbuatan berpasangan diluar perkahwinan.Mungkin pergunaan istilah couple ini kononnya untuk menutup kebenaran bahawa pasangan itu sebenarnya sedang berzina. Kita mohon lindungan Allah dari perkara seperti ini.
Satu lagi kekeliruan yang agak tertimbul adalah perkataan cinta. Dari entri yang lepas telah dinyatakan pandangan tentang cinta. Tapi kita melihat masyarakat seolahnya menolak cinta atau bercinta. Namun dikatakan pula cinta itu hanya selepas perkahwinan. Saya tidak menyatakan ini adalah salah, Cuma yang kurang tepat disini adalah cinta itu digambarkan sebagai couple atau berpasangan. Sebetulnya cinta itu adalah satu perasaan yang merupakan satu fitrah yang dijadikan Allah untuk manusia, supaya mereka merasa kasih kepada sesame sendiri. Perasaan itu mungkin timbul sebelum berkahwin, dan apabila pihak lelaki itu merasakan cinta, maka perlulah ia menyalurkan dengan kaedah yang betul iaitu samada ianya berkahwin, atau menahan perasaan beliau dengan bersabar jika mampu. Maka, apabila berkahwin, perasaan itu tidaklah berhenti, namun terus sahaja dalam perhubungan. Dalam entri sebelum ini telah dinyatakan tentang cinta adalah ujian. Maka, dialam perkahwinan juga timbullah ujian-ujiannya, seperti rasa susah, jemu dan sebagainya. Namun, atas dasar tanggungjawab sesebuah perkahwinan itu diteruskan dan diharungi bersama, hingga kembali merasa nikmat manisnya cinta itu. Dan mungkin juga ada pasangan yang bercinta, dan berkahwin, tetapi mungkin perasaan cinta itu dikalahkan oleh susah dan payah hingga mereka merasakan jalan terbaik adalah melalui penceraian dan ini adalah dibenarkan juga, Cuma ia adalah sesuatu yang dibenci Allah.
Dan berbalik kepada sebelum perkahwinan itu, perasaan cinta ini mungkin sudah diwujudkan dalam hati, namun penyalurannya ialah perlu kepada perkahwinan. Maka, bila kita mempunyai perasaan cinta adalah tidak salah, Cuma caranya perlulah betul iaitu melalui perkahwinan yang sah dari syarak Islam.

“Bercinta bagai nak rak tapi akhirnya entah kemana.” Disini perkataan bercinta itu merujuk kepada apa?
Bercinta itu mungkin merujuk kepada perasaan cinta, tapi cinta juga kadangnya tidak kesampaian, iaitu bukan ketetapan atau jodoh. Namun, jika bercinta itu merujuk kepada berpasangan diluar perkahwinan, maka ini adalah salah, dan tidak patut.
Maka, renungkanlah kembali dan pahamkan lah perkara ini supaya tidak timbul kekeliruan. Kepada rakan2 yang ingin ber’couple’ perlulah ada ber’couple’ dengan cara yang betul iaitu melalui perkahwinan. Jika tiada hubungan yang sah, maka, janganlah berpasangan. Namun, bukan salah jika berkenalan atau berurusan secara professional atau untuk urusan penting. Memang, bagi kita golongan remaja, rasa ingin sangat untuk ber’couple’ , dan ini mungkin kerana dorongan syaitan atau dari pengaruh rakan dan persekitaran yang seolah menghalalkan perbuatan ini, maka, ingatlah, sesungguhnya perhubungan berpasangan sebelum berkahwin atau diluar perkahwinan itu adalah zina dan zina itu adalah haram. Tidak salah mempunyai perasaan cinta, ingin mencintai dan dicintai, Cuma kaedahnya perlulah halal dan sah.
Akhir kata, inginku mohon maaf dan teguran jika ada kekhilafan dan kesalahan samada sengaja atau tak sengaja, dari kejahilan atau ketidakfahaman. Harap dapat menegur kesalahan yang dapat ditunjukkan kebenaran, bukannya menghentam dan mengkritik tanpa asas. Disini harap dapat disebarkan kepada rakan2 agar mereka yang telah ber’couple’ ini dapat menyedari perbuatan mereka itu salah dan supaya yang masih belum ber’couple’ dapat mengetahui dan menghindari perbuatan berpasangan diluar perkahwinan yang haram hukumnya. Maka, janganlah yang ber’couple’ itu dihentam habis-habisan, namun perlulah dipujuk dan dirawat kerana mungkin mereka tidak tahu dan mungkin juga telah mabuk dilanda cinta.
p/s: teringin juga nak ber’couple’ ni… tapi cinta ngak sampai lagi.

No comments: